Kursus merangkumi hubungan ilmu falsafah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Rukunegara. Penggunaan falsafah sebagai alat untuk memurnikan budaya pemikiran dalam kehidupan
melalui seni dan kaedah berfikir serta konsep insan. Topik utama dalam
falsafah iaitu epistemology, metafizik dan etika dibincangkan dalam konteks isu semasa. Penekanan
diberi kepada falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya.
Di hujung kursus ini pelajar akan mampu melihat disiplindisiplin ilmu sebagai satu badan ilmu yang
komprehensif dan terkait antara satu sama lain.
- Teacher: Ain Nadirah binti Romainor