Kursus ini meneroka asas pembentukan dan pembinaan negara bangsa Malaysia yang menekankan kepada elemen kenegaraan, sejarah interaksi etnik dan keunikan masyarakat Malaysia. Kursus ini turut membincangkan kerangka teori perpaduan, konsep negara bangsa, serta konteks Bangsa Malaysia Idaman yang berpaksikan Perlembagaan,Rukun Negara, Federalisme dan pelbagai inisiatif nasional lain. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) kursus akan memperkukuh pemahaman pelajar tentang aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara progresif dan toleran, menitikberatkan nilai sepunya seperti muhibah, penerimaan, keharmonian dan perkongsian nilai bersama dalam usaha merealisasikan negara bangsa acuan Malaysia.

Makluman penting:

  • Laman eLEAP ini adalah untuk semua pelajar yang mengambil kursus MPU31102 Aspirasi Negara Bangsa daripada semua fakulti.
  • Sebarang persoalan boleh diajukan di ruangan Q&A pensyarah masing-masing.